Monday, August 23, 2010

Tekanan memuncak

KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong diharap dapat mengakhiri kemarau
 kejuaraan pada Kejohanan Dunia tahun ini.


LONDON – Tekanan kini menghantui pemain badminton Malaysia menjelang Kejohanan Dunia yang bermula di Paris, Perancis hari ini hingga 29 Ogos nanti.


Desakan supaya mereka mengakhiri kemarau kejuaraan yang tidak pernah dikecapi sejak kejohanan dunia diperkenalkan pada 1977 makin memuncak apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu- kan gelaran juara dibawa pulang kali ini terutama menerusi acara perseorangan dan beregu lelaki.

Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj yang baru dilantik ke jawatan itu menegaskan, beliau sudah muak melihat pemain Malaysia hanya boleh berbangga dengan ranking No. 1 dunia tetapi tidak per- nah meraih gelaran juara dunia.

Ketika ini Datuk Lee Chong Wei dan pa- sangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong masing-masing memegang status sebagai pemain perseorangan dan beregu lelaki No. 1 dunia.

“Saya sudah jemu melihat pemain negara hanya bergelar pemain ranking No. 1 dunia sedangkan tiada kejuaraan dunia pernah dibawa pulang.

“Ranking sahaja tidak cukup untuk memuaskan hati kita. Yang penting sekarang adalah muncul juara,” katanya, semalam.

Sehubungan itu, dalam usaha melonjakkan semangat pemain, BAM bersetuju menaikkan bonus kemenangan khusus untuk Kejohanan Dunia ini daripada RM30,000 kepada RM45,000.

Kien Keat-Boon Heong kali ini pasti mengharapkan pengalaman layak ke sepa- ruh akhir pada tahun lalu sebagai modal untuk berjaya pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Pierre de Coubertin kali ini.

Manakala Chong Wei bakal menggunakan kejayaan menjuarai Seluruh England, Mac lalu sebagai pendorong untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna di Paris.

Namun sebelum berbuat demikian, Chong Wei perlu melepasi badi pemain China, Lin Dan yang dijangka menantinya di separuh akhir manakala Kien Keat-Boon Heong melepasi badi Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan di suku akhir.

Chong Wei akan membuka tirai cabaran hari ini dengan menentang pemain Guata- mala, Kevin Cordon manakala Kien Keat- Boon Heong hanya akan beraksi, esok.

Lain-lain pemain Malaysia yang beraksi pada pusingan pertama hari ini adalah Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen (beregu lelaki), Wong Mew Choo (perseorangan wanita) dan Cahn Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campu- ran)

No comments:

Post a Comment